Aku cuba ingat balik apa yang ada dalam mimpi aku tu. Ternyata sepanjang mimpi aku tu, aku hanya nampak muka dia je.
***********
Mimpi bermula.
Aku ada join satu rombongan ke lawatan. Chehh aku tak ingat. Tapi aku kelihatan tengah shopping dengan kawan aku. Tapi sebelum shopping tu, aku ada dekat tengah-tengah padang. Macam padang sekolah. Tetiba aku nampak kelibat dia.
Aku nampak. Aku rasa teruja. Aku rasa nak nangis. Sebab dia lah orang yang selalu aku tunggu bila dia lalu depan kelas aku walaupun kelas dia sebelah kelas aku je.
Aku nampak dia. Jelas muka dia. Suci dan putih. Bersongkok. Baju putih. Dan pakaian tu lah aku paling suka tengok dia pakai iaitu pakaian rasmi hari jumaat dekat sekolah.
Aku nampak dia. Tapi dia tak pandang aku langsung walau sekilas pun. Ya dalam mimpi tu, kemana aku pergi, dia tetap ada tapi dia hanya jalan terus je sebelah aku. Kenapa?
Aku ingat kawan-kawan aku pun nampak, aku buat tak tahu je sambil cerita dekat kawan aku pasal kelakuan dia dekat aku iaitu tak pandang aku. Kawan aku terkejut. Diorang cakap dia tak nampak arwah pun dan dia cakap lagi kan dia dah meninggal.
Huhh aku sedih. Aku menangis sambil peluk kawan-kawan aku. Dan aku nampak dia lagi. Dia tak pandang aku, tapi dia ada depan mata aku tanpa bergerak dan tak cakap apa-apa pun.
***********
Dia selalu macam tu waktu dulu. Masuk kelas aku je, duduk depan aku dan pandang aku tanpa cakap apa-apa sebab dia tak nak kacau aku study.Tapi aku tak boleh tahan tanpa cakap apa-apa. Aku mesti akan tergelak sebab dia akan simpan semua alat tulis aku dalam pencil case perlahan-lahan.
Huhh aku rindu dia. Aku rindu keprihatinan dia. Aku rindu cara dia berjalan. Aku rindu nak tengok dia buat soalan matematik. Aku rindu cara dia renung mata aku sebab dengan cara tu dia boleh buat aku tergelak. Aku rindu nak tengok dia senyum bila aku gagap bercakap. Dan aku rindu cara dia pujuk setiap kali aku menangis.
p/s: Al- fatihah buat Ahmad Zukhruff Mohd Mahfuz (29 Oktober 1993-24 Disember 2011)
p/ss: Arwah meninggal sebab kena langgar lari masa baru balik kerja
p/sss: Ni entry pertama aku setelah sebulan berehat




